Thursday, July 9, 2009

Ramai pelajar IPT terlibat jenayah

dipetik dari kosmo! online 10/7/2009.

Ramai pelajar IPT terlibat jenayah

KUALA LUMPUR – Pembabitan pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam kes jenayah di ibu negara semakin serius terutama melibatkan jenayah dadah diikuti dengan penipuan dan penipuan black money.

Dari Januari hingga Jun tahun ini, seramai 31 pelajar ditahan membabitkan enam pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 25 pelajar IPTS.

“Kes jenayah pelajar termasuk pelajar warga asing semakin serius terutama di kalangan pelajar IPTS. Polis membuat pemantauan berterusan yang melibatkan kumpulan terbabit,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman selepas melancarkan Kempen Unit Kesukarelaan Pencegahan Jenayah dan Rakan Cop di Universti UCSI di sini semalam.

Beliau berkata, pelajar IPTA yang ditahan itu ialah pelajar tempatan manakala daripada 25 pelajar IPTS yang ditahan, 18 ialah penuntut tempatan dan baki pelajar asing.

***pada pendapat saya,pelajar ipt mungkin senang terpengaruh dengan persekitaran baru dan berkemungkinan besar ekonomi negara yang meleset menyebabkan mereka ketandusan kewangan untuk perbelanjaan diri sendiri.Lalu mereka beranggapan dengan menjual dadah dapat mendapatkan perbelanjaan yang lebih.

Prestasi merosot punca bahasa ibunda diguna semula

dipetik dari KOSMO! ONLINE 9/7/2009PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam BahasaMalaysia berkuat kuasa pada 2012.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda mereka.
Muhyiddin berkata, Kabinet juga meluluskan cadangan memartabatkan Bahasa Malaysia dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.
"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak ia dimulakan pada 2003,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

**Pada pendapat saya,pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan wajar diteruskan dalam bahasa inggeris.Ini kerana bahasa inggeris adalah sangat penting dan bahasa antarabangsa yang digunakan dalam pelbagai aspek dan di seluruh negara.Tetapi pada masa yang sama juga,bahasa melayu sebagai tunggak bahasa ibunda juge tidak harus diketepikan.Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bangga mempelajarinya.Mungkin pada masa hadapan kita boleh menggunakan kedua-dua bahasa ini dengan baik dan lancar.
Jika kita tidak dapat menguasai bahasa antarabangsa iaitu bahasa inggeris,kita akan menjadi seperti rakyat negara Jepun dan Korea.Mereka hanya memahami bahasa mereka sahaja dan sukar memahami bahasa inggeris.Tapi pada masa yang sama teknologi mereka sangat canggih dan berteknologi.
Akhir sekali,bagi saya jika pembelajaran bahasa inggeris ini diteruskan,ia wajar dimulakan ketika kanak-kanak bermula belajar.